Sunday 12 October 2014

CABARAN 9 : SET UNTUK SUAMI PROSTAT


Bercakap tentang kanser, wanita dikaitkan dengan kanser payudara atau pangkal rahim manakala lelaki pula dengan kanser prostat yang dikatakan pembunuh senyap kaum lelaki.

Ia merupakan penyakit yang boleh membunuh kedua tertinggi di kalangan lelaki di Amerika Syarikat. Di Malaysia, ia menduduki tangga keenam dalam carta kanser. Lelaki dikatakan kurang kesedaran dan pengetahuan dalam kesihatan berbanding wanita yang semakin mementingkan kesihatan.

Tahap kesedaran lelaki secara umumnya adalah rendah dan dianggarkan kurang satu peratus lelaki tempatan bersedia menjalani pemeriksaan kesihatan.

Apakah kanser prostat? 

Kanser prostat adalah ketumbuhan sel tidak normal dalam kelenjar prostat, manakala prostat ialah kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki yang juga dikenali sebagai karsinoma prostatik. 

Bagaimanakah kanser prostat terbentuk? 

Kanser prostat berlaku apabila sesetengah sel di kelenjar prostat mengalami perubahan tertentu di luar kawalan. Ia mula membiak, membesar dan merebak dalam keadaan tidak terkawal dan kemudian ke bahagian badan  lain, terutama tulang dan organ tertentu. 

Apakah yang menyebabkan kanser prostat? 

Penyebab kanser prostat masih tidak diketahui hingga kini tetapi sesetengah pengkaji percaya kanser ini disebabkan hormon lelaki, terutama hormon testosteron. Hormon ini mempercepatkan pembentukan kanser prostat. 

Apakah simptom kanser ini? 

> Kerap buang air kecil 
> Aliran kencing lemah 
> Mati pucuk 
> Terdapat darah di dalam air kencing 
> Sakit sewaktu buang air kecil 
> Sukar mengawal rasa buang air kecil 
> Sering berasa sakit di pelvis, saraf tunjang, pinggang dan tulang dada 

Faktor risiko? 

> Sejarah keluarga/ Genetik. 
   Risiko mendapat penyakit ini adalah tinggi jika salah seorang ahli keluarga lelaki anda            pernah dan  menghidap penyakit ini.

> Pemakanan 
   Cara pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sihat.

> Peningkatan usia 
   Kanser prostat jarang berlaku kepada lelaki di bawah umur 50 tahun. Walau                   
   bagaimanapun, kanser tersebut meningkat secara dramatik selepas peringkat umur itu.

> Pendedahan kepada bahan tertentu seperti kadmium, getah dan logam 

> Penduduk Amerika Syarikat dan Eropah berisiko lebih tinggi terhadap kanser ini 
   berbanding di Asia.

Rawatan 

> Pembedahan dikenali sebagai prostatektomi yang biasa dijalankan bagi membuang bahan tersumbat pada uretra 

> Radioterapi bagi memusnahkan sel kanser pada peringkat awal kanser prostat. Kesan daripada rawatan ini, pesakit mungkin mengalami mati pucuk, gangguan pembuangan air kecil, dan saluran uretra menjadi sempit.

Berikut antara suplemen SHAKLEE yang dicadangkan untuk kaum lelaki agar terhindar dari kanser prostat ini:








Berminat mahu mencuba dengan konsultasi secara percuma serta cara pengambilan vitamin yang betul ? Anda boleh menghubungi saya melalui : 

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245] 
 ♥ Contact No : 016-4855790 
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com 
 ♥ADD MY FB: https://www.facebook.com/Vitaminsuperb 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**

 Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to VITAMIN SUPERB
Designed by UMIESUEstudio 2015