Wednesday 25 September 2013

COQ HEALTH PLUS SHAKLEE : MEMBANTU KESUBURAN SUAMI ISTERI


Suplemen ni saya klasifikasikan sebagai WAJIB ADA di setiap rumah. CoQ Health Shaklee

Jadi, kenapa saya katakan CoQ Health Plus ni mesti ada di setiap rumah?



Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia. Manakala, mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), sejumlah 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok. Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.

Apakah pula faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit kardiovaskular?

Secara keseluruhan, lebih dari 90% pesakit dengan penyakit jantung di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko penyakit kardiovaskular yang utama iaitu:
① Tabiat merokok
② Menghidap hipertensi
③ Berlebihan berat badan atau obes
④ Tahap kolesterol yang tinggi
⑤ Gaya hidup yang sedentari (Tidak aktif)
⑥ Menghidap diabetes

COQ HEALTH PLUS SHAKLEE : MEMBANTU KESUBURAN SUAMI ISTERI



Koenzim Q10 atau CoQ10 adalah bahan yang ditemui dalam semua sel-sel badan. Semakin meningkat usia, CoQ10 semakin kurang dihasilkan dan kajian menunjukkan bahawa memakan CoQ10 tambahan mempunyai manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.



KESUBURAN WANITA

Faktor yang boleh menjadi pergantungan utama telur wanita pada CoQ10 ialah untuk tenaga. Proses pengeluaran telur, ovulasi dan perkembangan embrio di kalangan wanita mengambil sejumlah tenaga dan memerlukan CoQ10 yang merupakan sumber utama tenaga untuk penguncupan otot dan pengeluaran protein.
Semakin meningkat usia, badan menghasilkan kurang CoQ10 sekali gus menjejaskan kesuburan kita. Teori ini disokong oleh penemuan positif dalam penyelidikan di Kanada pada tahun 2009 yang telah menunjukkan subjek kumpulan ujian diberikan suplemen CoQ10 menghasilkan lebih banyak dan lebih baik telur yang berkualiti, mencatatkan kadar kehamilan yang tinggi dan kelahiran anak-anak yang lebih ramai daripada orang-orang yang tidak menerima CoQ10.

 KESUBURAN LELAKI

Kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh tenaga yang menurun akibat protein membentuk sebahagian besar sel-sel sperma dan bergantung kepada CoQ10.
Kajian menunjukkan bahawa punca utama kemandulan lelaki termasuk jumlah sperma yang rendah dan kualiti sperma yang kurang. Mempunyai ciri-ciri antioksidan yang kuat untuk menangani masalah-masalah ini menjadikan CoQ 10 bermanfaat untuk kesuburan. Fungsi antioksidan adalah melindungi telur dan sel sperma daripada kerosakan oksidatif yang membawa kepada kematian sel.
CoQ dapat meningkatkan kedua-dua air mani dan sel sperma dan meningkatkan pergerakan sperma.

PERBEZAAN SHAKLEE

CoQ10 HealthPlus turut mengandungi vitamin E dengan ektrak daun hijau. Kombinasi CoQ10 dan vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat dalam vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.

Ekstrak daun hijau mengandungi ‘procyanidins’ yang telah ditemui dapat membantu menyokong ‘endothelium’ (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).


CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan 

CoQ10 nya. Tanpa gluten.
Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
 ♥ Contact No : 016-4855790
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
 ♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

Thursday 12 September 2013

Kenapa Saya begitu Yakin dengan Shaklee???

Assalamualaikum,

Mengapa saya boleh begitu yakin dengan produk-produk Shaklee? Ini jawapannya... 



SENTIASA SELAMAT
Shaklee Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 

Shaklee memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian  Shaklee menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru Shaklee, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan Shaklee meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN
Shaklee Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif

Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 250 juta pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Shaklee membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar


Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California




Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda 
 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245] 
 ♥ Contact No : 016-4855790 
♥ Emel : nasriyah984@gmail.com 
♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

DIABETES KETIKA MENGANDUNG..

Kencing manis ketika mengandung atau‘gestational diabetes‘ adalah masalah kesihatan paling kerap dialami oleh ibu hamil. 70% daripada ibu yang menghidap kencing manis ketika mengandung ini biasanya akan pulih lepas bersalin tapi kebanyakan mereka akan menghidap diabetis jenis kedua di kemudian hari.

Apa punca kencing manis ketika mengandung?

Punca utama kerana tahap glukosa dalam badan ibu tinggi dari keperluan normal. Ini terjadi bila hormon insulin tidak cukup untuk tukarkan glukosa kepada tenaga bagi keperluan sel badan atau tabiat pemakanan ibu yang tinggi gula.
Punca kedua disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta (uri) untuk bantu tumbesaran bayi. Hormon tu memang bagus untuk bayi tapi akibatnya sel-sel dalam badan ibu jadi kalis (orang putih cakap ‘immune’) pada insulin. Ini menyebabkan terjadinya masalah kalis insulin.


Siapa berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung?

Semua ibu hamil berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung tapi ada sesetengah ibu akan berisiko tinggi untuk mengalami masalah kencing manis ketika mengandung seperti:
Ibu hamil berumur 35 tahun ke atas
Sejarah keluarga menghidap diabetis
Pernah menghidap diabetis ketika kehamilan sebelumnya
Berat badan sebelum hamil lebih 80kg
Pernah melahirkan bayi dengan berat badan lebih 3.5kg
Ibu hamil kembar
Ibu hamil yang bermasalah hydramnions (terlalu banyak air ketuban)


Bagaimana nak tahu saya menghidap kencing manis ketika mengandung?

Dikesan melalui pemeriksaan darah selepas minum air gula. Biasanya ibu akan disuruh berpuasa malam sebelumnya.


Biasa kan bila check dekat klinik, nurse mesti cakap ‘ gula awak tinggi ni, jaga-jaga sikit ya’.. haaa kenapa nak kena jaga-jaga sangat tu?

Apa kesan diabetis ketika mengandung pada ibu dan bayi?

1. Pada ibu

Risiko tinggi untuk mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kecing)
Risiko tinggi untuk dijangkiti vanigal moniliasis (jangkitan faraj)
Risiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh
50% boleh menghidap diabetis tahap kedua di kemudian hari


2. Pada bayi

Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan
Saiz bayi terlalu besar menyebabkan kesukaran semasa bersalin
Bayi berisiko untuk mendapat kecederaan bahu semasa bersalin membawa risiko kecacatan
Bayi berisiko untuk hipoglisemia (terlalu banyak insulin, gula dan mineral penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)
Sakit kuning (jaundice)
Bayi sukar bernafas
Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) yang membawa kepada kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan.

Bayi akan lebih mudah dapat obesiti atau kencing manis bila dewasa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Testimoni Pengguna DIABETES


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
 ♥ Contact No : 016-4855790
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
 ♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

B-COMPLEX ... RAHSIA UNTUK CANTIK

B-COMPPLE



B-Complex antara rahsia untuk kulit cantik.....Mengandungi 8 kumpulan Vitamin B Lengkap...
[Tip Kecantikan]

Rahsia Kecantikan Datin Norjuma -
B Complex untuk Kulit Cantik

Nak tau tak supplemen apa dia amalkan, jeng jeng jeng.... B-Complex uoolls:) Patutla kulit dia cantik sangat, gebu dan licin jer..

"Less is more, tak perlu mekap lebih-lebih. Saya dididik sedari kecil sentiasa mengambil supplemen seperti vitamin B-Complex selepas bersarapan pagi. Juma turut mengakui bahawa pengambilan air suam sekurang-kurangnya 2 liter sehari adalah amalan wajibnya bagi menjamin kesihatan badan dan agar kulit tidak menjadi kering"

Selalu kita dengar, orang amalkan Vitamin C, Vitamin E dan Collagen untuk kecantikan, tapi jangan tak tau, B-Complex juga penting untuk memastikan kulit wajah kita cantik berseri.

Disebabkan itulah, B-Complex digabungkan dengan Vitamin E dan Vitamin C di dalam Set Kecantikan Kulit Shaklee.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Khasiat B-Complex untuk Kulit Cantik

1) Anti stress
Apabila kite stress urat-urat muka kite bekerja lebih kuat berbanding urat-urat ketika kita senyum, dan bila stress kite cenderung mengerutkan muka. Kerutan-kerutan stress itu boleh menyebabkan kedut-kedut pada wajah. Stress juga boleh menyebabkan jerawat. Tiada stress, tiadalah jerawat.

2) Membantu melindungi kulit dari pancaran matahari
Salah satu punca kulit kusam adalah terlalu banyak terdedah pada matahari. Kulit ini kalau kusam memang mengambil masa ntk dipulihkan, pengambilan B-Complex sememangnye langkah bijak.

Lebih B-Complex diperlukan oleh orang yang terdedah kepada matahari kerana B-Complex bertanggungjawab sebagai pewarna kulit (melanin) yang rosak bila kulit 'tan'..

3) Melancarkan perjalan darah
Anda sume tentu tahu kan perjalanan darah yg baik menmpkkan wajah lebih muda. Sebab tu la kalau kita pergi buat facial, die end up treatment dengan facial massage. Kenapa?? Kerana dia nak stimulate blood circulation kita. Perjalanan darah yg baik membantu kite kelihatan lebih muda, dan menghilangkan tekanan pada badan dan wajah.Datin Norjuma dah amalkan sejak kecil lagi. Anda bila lagi ??

Pengambilan vitamin semulajadi adalah kaedah yang paling selamat untuk kita mendapatkan kulit yang cantik, di samping meningkatkan tahap kesihatan kita. Sebelum mengambil apa-apa supplemen, pastikan anda kenalpasti dulu kandungannya yer, jangan ingat nak cantik sahaja. Kalau cantik sekarang, tapi pelbagai penyakit menyerang di kemudian hari, apalah gunanya kan. Semua orang nak cantik, tapi cantik dan sihat biarlah seiring.


*kena WAJIB telan hari-hari ni..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
 ♥ Contact No : 016-4855790 
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
 ♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

OSTEMATRIX- ATASI SAKIT PINGGANG DAN SAKIT BELAKANG DENGAN SHAKLEE



Dengan Kalsium Ostematrix dari Shaklee, anda bukan sahaja mendapat kelebihan dari Kalsium, tetapi lebih dari itu.
Kalsium Shaklee Ostematrix adalah Kalsium Terbaik di Malaysia.

Antara faedah-faedah yang boleh didapati daripada pengambilan Pil Kalsium Ostematrix Shaklee adalah :

1) Membina tulang dan gigi yang kuat.
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).
5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan sesetengah hormon.
6) Membantu perkembangan tubuh badan normal.
7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik

Shaklee Ostematrix Membekalkan :

1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kenapa Anda Mesti Memilih Kalsium Ostematrix Shaklee?

Pada tahun 2006, suami saya telah mengalami bengkak di pergelangan tangan. Kemungkinan besar kenapa pergelangan dia bengkak adalah disebabkan masalah tulang. Ianya bukan setakat bengkak sahaja, malah kebanyakkan masa lebih kepada menyakitkan. Banyak kerja tidak boleh dilakukan disebabkan masalah pergelangan tangan ini.

Doktor pakar yang merawat dia pada masa itu mencadangkan untuk membuat pembedahan pada tangannya untuk menghilangkan bengkak pada tangan.

Tetapi suami saya memilih untuk tidak meneruskan cadangan doktor tersebut tetapi mencuba cara tradisional iaitu dengan mengurut.

Selepas 3 tahun, masalah tangannya yang bengkak masih sama dan tiada tanda untuk surut atau pulih.

Dalam masa yang sama dia membeli produk-produk Kalsium yang ada di pasaran. Hasilnya, sama sahaja seperti tidak mengambil apa-apa suplemen.

Pada 2010, officemate dia (yang juga salah seorang pengedar Shaklee) telah memperkenalkan produk-produk Shaklee padanya. Memandangkan Shaklee adalah sebuah company MLM, dia tidaklah berminat sangat.

Bukan apa, kat luar tu berlambak company-company MLM yang konon menawarkan produk-produk yang mampu memberikan kesan yang ajaib.

Bagaimanapun, disebabkan kesungguhan beliau, dia pun mencubalah sebotol Produk Kalsium Shaklee Ostematrix ini.

Hari Pertama pengambilan, sama lah macam produk-produk kalsium yang saya cuba sebelum ni.

Hari Kedua, pun lebih kurang jer.

Tapi pada Hari Ketiga, baru dia perasan yang bengkak pada tangan dah takde. Sakit tangan pun dah hilang. Macam magic pulak!

Bukan itu saja, sakit pada bahagian belakang dia pun dah takde. Jadi, semenjak 2010 dia tidak berhenti mengambil Kalsium Ostematrix Shaklee dan tidak lagi memilih produk selain daripada Shaklee. (Hanya Shaklee di hatinya! chewah!)


Kalau nak katakan mahal, suami saya pernah comparekan harga Shaklee dengan produk-produk lain (yang pernah dicuba), harga Shaklee lebih kurang, malah lebih jauh murah daripada kebanyakkan produk. Yang paling penting, value yang diberikan Shaklee adalah terbaik. Dia mengata pada saya, dia tidak pernah menyesal malah berterima kasih kepada kawan officematenya yang berterusan menggalakkan dia untuk mencuba vitamin unik ini. Dan seterusnya, suami saya pun setuju sepenuhnya dengan keputusan saya untuk menjadi pengedar sah Shaklee.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Testimoni  Pengguna OSTEMATRIX SHAKLEE







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
 ♥ Contact No : 016-4855790
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
 ♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

Tuesday 3 September 2013

RISIKO KEKURANGAN ASID FOLIK



Asid folik adalah sejenis vitamin B9 yang larut air.Larut air ni bermakna ia larut di dalam air. Ia dilakukan melalui saluran darah dan dikumuhkan dalam air kencing. Tubuh kita tidak dapat menyimpan asid folik, justeru kita perlu mengambilnya setiap hari untuk memastikan pengambilan jumlah yang mencukupi. Vitamin B9 (termasuk asid folikdan folat) adalah penting untuk beberapa fungsi tubuh, termasuklah :

            • Untuk mensintesis DNA, RNA dan untuk membaiki.

            • Membantu pertumbuhan pesat sel-sel dalam tubuh.

            • Untuk menghasilkan sel-sel darah merah yang sihat

            • mencegah kecacatan kelahiran utama otak atau tulang belakang bayi (kecacatan tiub neural, 
              termasuk spina bifida dan anencephaly) sebab itu penting bagi wanita hamil mengambil asid 
              folik yang mencukupi.

            • Meningkatkan kesihatan otak.


SIAPA YANG PATUT MENGAMBIL ASID FOLIK?

Pengambilan dan keperluan asid folik sebenarnya bukan sahaja untuk mereka yang sedang merancang untuk hamil. Mac Dimes pengarah, Richard Johnston, Jr MD, berkata bahawa untuk mencegah kecacatan kelahiran, wanita perlu mengambil asid folik sebelum hamil serta sepanjang 4 minggu pertama. Kajian di AS melaporkan hampirseparuh daripada kehamilan adalah tidak dirancang, oleh itu setiap wanita yang mampu hamil perlu mengambil makanan tambahan harian asid folik. Kajian lain juga menyebut bahawa wanita yang mengambil suplemen asid folik sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum hamil boleh mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang.

SUMBER SEMULA JADI ASID FOLIK

Sayuran hijau gelap adalah sumber asid folik yg baik. makanan berikut kaya dengan asid folik:

     • Asparagus

     • Roti yis

     • Brokoli

     • Pucuk Kamel

     • Kubis

     • Kembang kol

     • Kuning telur

     • Jaket kentang (besar)

     • Buah pinggang

     • Lentil

     • Salad

     • Hati (wanita hamil tidak perlu mengambil hati)

     • Limau

     • Parsnips

     • Peas

     • Bayam

     • Biji bunga matahari

     • Roti gandum (biasanya diperkaya)


ANEMIA & KEKURANGAN ASID FOLIK

Anemia berlaku apabila kekurangan pengambilan makanan yg mengandungi folik asid. tanda-tanda dan gejala penyakit kekurangan asid folik termasuk :

      • Kelesuan, keletihan

      • Rasa lemah

      • Sifat Pelupa

      • mudah marah

      • Hilang selera makan

      • Masalah Berat badan

Pesakit anemia perlu mengambil asid folik setiap hari.


RISIKO-RISIKO LAIN YANG DIKAITKAN DENGAN KEKURANGAN ASID FOLIK

Selain dari anemia dan kecacatan kelahiran, kekurangan asid folik boleh mengakibatkan:

• Risiko serangan jantung

• Risiko strok. Satu kajian dalam jurnal perubatan melaporkan bahawa menambah asid folik dalam makanan dapat menyumbang kepada pengurangan risiko kematian akibat strok

• Kanser perut

• Pengurangan jumlah sperma lelaki

• kemurungan

• Masalah ingatan

• Penyakit alahan

• Kepadatan tulang rendah


Jadi , jom amalkan B COMPLEX SHAKLEE yang mengandungi asid folik untuk keperluan ibu dan bayi.


Kredit : sentuhankasih-ibu.com



Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
 ♥ Contact No : 016-4855790
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
 ♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to VITAMIN SUPERB
Designed by UMIESUEstudio 2015