Wednesday 8 October 2014

CABARAN 8 : SET UNTUK PENYAKIT BATU KARANG


Adakah anda mengalami sakit pinggang terutamanya di bahagian belakang berpanjangan?
Kencing berdarah?
Demam menggigil?
Muntah-muntah?
Air kencing keruh dan atau berbau busuk daripada biasa?
Sakit ketika membuang air kecil?

Jika anda mempunyai simptom di atas, anda perlu bertemu doktor dengan segera, kerana anda mungkin mempunyai penyakit BATU KARANG.

Batu karang boleh terjadi sama ada di dalam buah pinggang atau hempedu. Saiz dan bentuknya pelbagai dan komposisinya bergantung daripada ia terbentuk. Rawatan daripada doktor biasanya bergantung kepada analisis  komposisi batu karang yang ditemui.

JENIS JENIS BATU KARANG DALAM BUAH PINGGANG.




Kalsium - jenis yang paling biasa ditemui. Kalsium yang didapati daripada diet harian, jika tidak diserap oleh tulang dan otot, akan dihantar ke buah pinggang. Biasanya, kalsium berlebihan akan dikeluarkan bersama air kencing, tetapi ada kalanya sebahagian kalsium ini akan termendak di buah pinggang, bergabung dengan sisa buangan dan menghasilkan batu karang. 

JENIS YANG BIASA DITEMUI ADALAH KALSIUM OXALATE.


  • Struvite - bisanya terhasil oleh infeksi pada saluran kencing. Ia mengandungi mineral magnesium dan bahan buangan ammonia.
  • Asid Urik - terbentuk apabila terlalu banyak asid urik di dalam air kencing
  • Cystine - batu karang jenis ini terlalu jarang ditemui. Cystine diperlukan dalam proses pembentukan otot, urat dan sel tubuh yang lain. Selalunya ini adalah penyakit keturunan.

JENIS -JENIS BATU KARANG DALAM HEMPEDU:

Kolesterol - akan terbentuk bila terlalu banyak kolesterol di dalam hempedu
Pigmen - terbentuk apabila terlalu banyak bilirubin di dalam hempedu.

 Selalunya batu karang yang kecil tidak akan memberi simptom kepada pesakit, tetapi batu karang yang besar akan memberi rasa sakit yang amat sangat di bahagian bawah pinggang (belakang) dan tepi kelengkang ketika ia bergerak bersama-sama cecair melalui saluran halus di dalam sistem buah pinggang atau hempedu.

CARA MENGATASI SAKIT BATU KARANG.


  • Minum air masak 8-12 gelas sehari. Kurangkan teh dan kopi kerana sifatnya yang diuretik
  • Jika anda mempunyai asid urik yang tinggi, anda disarankan mengurangkan pengambilan daging
  • Jika anda cenderung mempunyai batu karang jenis oxalate, anda perlu kurangkan makan makanan tinggi oxalate seperti tomato, bayam dan coklat.
  • Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan batu karang. Barli, kentang, keledek dan pisang adalah bagus untuk anda.
  • Kurangkan protien haiwan dan gantikan dengan protien ikan/tumbuhan


BERIKUT ANTARA SUPLEMEN SHAKLEE YANG DICADANGKAN :





Alfalfa Complex - Mengurangkan infeksi dan inflamasi, mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon/usus dan darah serta menyingkirkan lemak dan kolesterol

B Complex - Menurunkan oksalat (garam mineral) yang membentuk batu karang

Carotamax - Menyembuh saluran urinary yang luka oleh batu karang

Lecithin - Membakar lemak berlebihan 

Ostematrix - Magnesium yang terkandung dalam Ostematrix menurunkan oksalat

SR Vita C - Mengasidkan urin.  Batu karang tidak terbentuk dalam urin asid.



Namun diingatkan, pengambilan air yang mencukupi amat perlu untuk mengelakkan batu karang daripada berulang. Sila dapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mengambil sebarang supplemen.








Berminat mahu mencuba dengan konsultasi secara percuma serta cara pengambila vitamin yang betul ? 

 Anda boleh menghubungi saya melalui : 

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245] 
 ♥ Contact No : 016-4855790 
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com 
 ♥ADD MY FB: https://www.facebook.com/Vitaminsuperb 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.** 

 Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to VITAMIN SUPERB
Designed by UMIESUEstudio 2015