Wednesday 28 August 2013

Kawal kolestrol di Musim Perayaan

Sebulan berpuasa, perut pun dah kempis.. sistem badan dah sihat.. Tiba-tiba dalam masa satu hari, kita sumbat semula badan dengan pelbagai lemak dan minyak yang boleh memudaratkan tubuh badan kita. huhu...

Makanan begini memang sukar dielakkan di negara kita yang mewah dengan makanan, apatah lagi di waktu-waktu perayaan begini. Namun, ada cara bagaimana kita nak 'mengawal' keadaan..

Saya kongsikan artikel dari Anakkuwiraku



Tanpa kita sedari ada sesetengah juadah boleh menyebabkan kandungan lemak jahat dalam salur darah makin meningkat.

Apakah vitamin yang sekurang-kurangnya ada demi mengawal kandungan kolestrol dalam darah terutama dalam mengawal kolestrol jahat iaitu LDL.





Atau jika anda berkemampuan lebih berkemampuan



Secara ringkasnya kepentingan vitamin yang dinyatakan ialah :


Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.

Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).  Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.

Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti tubuh.Memperlahankan proses penuaan.

Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245] 
♥ Contact No : 016-4855790 
♥ Emel : nasriyah984@gmail.com 
♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

Vitamin Sintetik vs Vitamin Natural-Mana Satu Pilihan Hati?

Vitamin Sintetik vs Vitamin Natural-Mana Satu Pilihan Hati?

“Alah, vitamin mana2 pun sama aje. Mahal ke, murah ke, yang free lagi baik!”
“Vitamin sintetik ke, semulajadi ke, sama je jenis vitaminnya..”
“Yang vitamin semulajadi tu sama je buatannnya dengan vitamin biasa”
“Makan je vitamin apa2..”
“Kalau vitamin sintetik tu tak bagus, mesti lah diorang tak jual”
Tak bagus maka tak jual? 
Saya nak tanya, rokok tu bagus ke? Kenapa merata2 kedai jual rokok?

Ramai antara kita masih tidak sedar akan kepentingan vitamin semulajadi dan bahaya vitamin sintetik, mungkin sebab kita tak tahu pun vitamin tu ada yang sintetik, ada yang semulajadi.(saya dulu pun mcm tu juga ^_^)
Macamana nak faham perbezaannya?
Sebelum tu, vitamin ni boleh dibahagikan kepada 3 kategori: sintetik, organik & semulajadi.
Analoginya seperti di bawah:
(1) Vitamin Sintetik umpama buah plastik

(2) Vitamin Organik umpama jus buah dalam pek


(3) Vitamin Semulajadi umpama buah sebenar


Nampak kan bezanya? Vitamin sintetik umpama buah plastik, sama rupanya macam buah sebenar, dan namanya pun ikut buah sebenar tu. Kalau rupa macam epal, kita akan panggil epal bukan limau.

Vitamin organik pula sama macam jus komersial, dibuat dari buah sebenar, tapi menjalani pelbagai proses dan akhirnya banyak nilai buah sebenar yang telah hilang. 

Pernah tak terfikir yang jus buah yang berlainan jenama punyai rasa berbeza juga? Anda yakin ke itu memang 100% jus asli?
Jadi, pilihlah vitamin anda dengan bijak. Ingat, buah plastik lebih murah daripada buah sebenar, dan mungkin kita boleh dapat free. Tergamak ke nak makan buah plastik?

JOM kita cek satu persatu vitamin/supplemen yg kita ambil jenis natural atau sintetik.
Terdapat 5 perbezaan Vitamin NATURAL vs SINTETIK:

Penghasilan
Vitamin natural dihasilkan daripada ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

Keserasian dengan badan
Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.
Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

Harga
Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

Kesan kepada tubuh badan
Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ‘solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

Kesan jangka panjang
Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut.
Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.
“Pilihan di tangan anda untuk memberi yang terbaik kepada diri dan keluarga tersayang. Amalkan Supplemen dengan ILMU. Bukan kerana Trend atau Jenama semata2”

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda 

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245] 
♥ Contact No : 016-4855790 
♥ Emel : nasriyah984@gmail.com 
♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

Friday 23 August 2013

MULTIVITAMIN HEBAT

Product Name : Shaklee Vita-Lea Iron Formula (also known as Multivitamins)
Servings per Container : 120 Tablets. Serving Size : 1 Tablet per day. Multivitamin & Multimineral


Multi yang Hebat Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
Penggunaan harian, Vita Lea boleh: Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh* Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata* Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi* Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
Perbezaan Shaklee Kemajuan Saintifik Disokong oleh tujuh kajian klinikal Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
Kualiti yang luar biasa Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat* Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi* Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi* Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot* Boron – Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang* Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung* Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak* Lain-lain – Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*
_____________________________________________________________________


Siapa Memerlukan Multivitamin

VITA-LEA SHAKLEE- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan 
- Individu yang tidak lengkap diet hariannya
- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
- Remaja yang sedang membesar
- Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
- Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
- Individu yang menopous
- Wanita yang baru bersalin

TESTIMONI :




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda 

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245] 
♥ Contact No : 016-4855790 
♥ Emel : nasriyah984@gmail.com 
♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

Thursday 22 August 2013

Prihatin dgn berat badan? jom tgk demo -bagaimana LECITHIN membantu menurunkan berat badan


JOm lihat demo tgk bagaimana lecitin berfungsi dalam memecahkan lemak dan seterusnya menurunkan berat badan......inilah gambar yang sy snap untuk tatapan semua.
Mula-mula, tuangkan minyak ke dalam gelas yang berisi air. Seperti yang kita sedia maklum bahawa minyak mempunyai ketumpatan yang lebih rendah dan ia sama sekali tidak akan larut di dalam air.
Pandangan dari sudut sedikit jauh.
 cuba kacaukan minyak tersebut dengan air namun hasilnya molekul minyak akan tetap bersatu semula.
Kemudian, pecahkan 2 biji Lecithin di dalam gelas tersebut.

Setelah dikacau, inilah hasilnya.
Molekul minyak kelihatan terurai.
Apabila keadaan ini berlaku, minyak atau lemak di dalam tubuh lebih mudah disingkirkan. Ini baru dengan 2 biji Lecithin..kalo lebih cemana yer?. ..kalau ikut kan,sehari perlu ambil 6 biji...

Lecitihin sangat membantu dalam program pengurangan berat badan kerana sifatnya yang boleh memecahkan lemak. LEMAK DALAM BADAN kita ni umpama butter.. cube pegang butter tu.. susahkan butter tu nak pecah or cair gitu jerr. kan?.....jadi bila kita mkn lecithin ni..ia membantu memecahkannya.... yahoooo....Namun kita perlu pastikan kita mengambil fiber dalam diet menu harian agar proses pembuangan lebih lancar.Lecithin selamat diambil oleh ibu yang sedang menyusukan anak dan mereka yang khuatir dengan masalah kolestrol. 


NAK TGK SET2 UNTUK KURUS KLIK SINI YA...

Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245] 
♥ Contact No : 016-4855790 
♥ Emel : nasriyah984@gmail.com 
♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

Turun 20kg dalam masa sebulan?

Assalamualaikum!

Ramai yang telah merasakan keberkesanan Shaklee.. untuk ibu menyusu, jangan ceritalah.. dah banyak berpuas hati. Yang saya nak cerita ni, yang nak kuruskan badan.. Di sini ada satu testimoni yang saya jumpa di Genkimomma... Customernya berjaya turunkan 20kg dalam tempoh sebulan sahaja!! Jangan tak percaya. Ha.. baca sendiri..


Walaubagaimanapun, saya percaya.. Customer tersebut bukan amalkan suplemen semata-mata. Mesti disertai dengan pemakanan yang sihat dan gaya hidup pun sihat. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Suplemen shaklee insyaAllah dapat mempermudahkan usaha anda untuk lebih kurus dan sihat! Suplemen shaklee yang diambil oleh beliau ialah:

Herb lax - membuang segala toksin dari badan dengan lembut dan 'natural'..


Lecithin - memecahkan lemak2 berlebihan


Alfalfa - bertindak sebagai fiber untuk membuang lemak2 berlebihan tu..

kalau nak info-info lain tentang set kurus shaklee ni klik sini ok...




Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245] 
 ♥ Contact No : 016-4855790 
♥ Emel : nasriyah984@gmail.com 
♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

Info dan Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir (Newborn)

Assalamualaikum,



Alhamdulillah, sorang demi sorang mendapat berita gembira dengan kelahiran ahli keluarga baru. Rasa tak sabar pulak menunggu giliran sendiri. Hai.. walaupun tak sampai 3 tahun pun last pengalaman jaga baby baru...banyak nak kena refresh ni ;) Macam mana pun.. rinduu dengan bau baby baru lahir.. harum je kan.. Orang kata tu bau dari syurga :)

Jom kita sama-sama refresh (bagi return mommies).. apa persediaan yang perlu dilakukan untuk jaga newborn ni...

Keadaan bayi baru lahir:

1. Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diridengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada di dalam kandungan.

2. Kulit mungkin sedikit kering dan mengelupas. Keadaan ini disebabkan penghasilan minyak oleh kulit bayi yang baru lahir masih belum stabil.

3. Terdapat bulu halus terutama di bahagian telinga dan belakang bayi (kadangkala agak lebat). Namun jangan risau, bulu halus ini akan gugur dari semasa ke semasa.

4. Anda juga akan melihat tompok-tompok merah seperti ruam di hidung dan beberapa bahagian badan yang lain. Perkara-perkara ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.

5. Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan. 

6. Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna. 

7. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa.

8. Bayi anda yang baru lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Ini adalah disebabkan kedudukannya dalam rahim ibu. Jangan risau, dengan sedikit urutan dari semasa ke semasa, ia akan lurus seperti biasa.


9. Muka dan bahagian lain bayi mungkin kelihatan sedikit sembab di awal kelahiran.

10. Adalah normal bagi bayi baru lahir mengalami demam kuning atau jaundis pada hari kedua hingga ketiga kelahirannya. Namun jika tidak dipantau, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

11. Kebanyakan bayi baru lahir lebih gemar untuk tidur daripada berjaga, terutama dalam minggu pertama kelahiran. Kejutkan bayi setiap 2 jam untuk disusukan untuk elakkan jaundis.

12. Bayi baru lahir suka dibedung kerana berasa lebih selamat, seolah-olah berada dalam rahim ibunya.

13. Kelenjar susu bayi baru lahir boleh menghasilkan susu. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi. 


Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir:
1. Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi sejuk.

2. Sediakan segala  kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung tangan dan kaki, barut, minyak dsb sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dgn baik dan lancar, dan anda turut berasa lebih tenang.

3. Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan 'alcohol swab' yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain. Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat daripada doktor. Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.

4. Tuam perut dan ari-arinya dengan kain atau daun sirih yang dipanaskan dengan seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.

5. Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak bayi untuk beri keselesaan kepadanya.

6. Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.

7. Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.

8. Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklahsentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan ruam lampin.

9. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya. 

10. Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-oleh berada dalam perut ibunya.

11. Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkannya  kembung atau muntah.

12. Susukan bayi anda sekerap yang mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia hanya ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena.

13. Berikanlah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Jangan berikan si kecil anda selain susu ibu, hatta air masak sekalipun sepanjang 6 bulan tersebut. 
Menjaga bayi baru lahir sesungguhnya bukanlah perkara mudah, apatah lagi bagi ibu baru. Dengan kesihatan si ibu yang masih belum pulih sepenuhnya, si bayi pula perlukan perhatian. Selain sokongan orang sekeliling, ibu juga perlu menjaga kesihatannya dengan baik supaya dapat elakkan daripada stress atau 'gila meroyan' istilah melayunya. Ibu perlu lengkapkan keperluan nutrisi tubuh dengan sebaiknya supaya badan sihat, cergas dan ceria menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Set berpantang Shaklee dapat membantu ibu memenuhi keperluan nutrisi tubuh sewaktu berpantang. Boleh baca info lanjut di sini...

Sumber: pa&mababycenter, drypersizmibbnonakuenzer83

Jom baca apa kata mommies yang telah mengambil Set Kehamilan Shaklee sepanjang mengandung.. klik sini ya. 


Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245] 
♥ Contact No : 016-4855790 
♥ Emel : nasriyah984@gmail.com 
♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

Monday 19 August 2013

BEAUTY SET : Bagaimana ESP, GLA Complex dan Set Kecantikan Kulit Membantu Mendapat Kulit yang Cerah Berseri serta Kekal Langsing


ESP ESP dapat membantu menghasilkan sel-sel kulit yang baru..Setiap 21 hari sel kulit kita akan bertukar wajah..Jadi, keperluan protein yang berkualiti sangat penting supaya sel-sel kulit yang dihasilkan adalah sel-sel yang berkualiti dan kulit kita akan kelihatan gebu, bersih dan licin..Bagi anda yang mempunyai parut-parut jerawat, itu disebabkan oleh sel-sel kulit yang telah mati dan tak diperbaharui..So, ambil peluang ni untuk baiki sel-sel kulit anda ESP 🌼 B Complex Penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil. 🍀 Vitamin E Terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak. 🌼 Vitamin C Memberikan kolagen supaya kulit lebih kenyal. kekurangan kolagen dalam tubuh membuatkan anda mudah lebam dan kering serta bersisik. Kolagen yg cukup menjadikan kulit anda lebih bersinar dan gebu. Selain itu juga Vitamin C ini mampu mencerahkan kulit anda secara semulajadi dan sekata.
🍀 GLA Complex Menyeimbangkan hormon yang mempunyai pengaruh besar terhadap keadaan kulit wajah seseorang seperti contoh masalah jerawat mahupun jeragat " Ramai yang mengelak dari mencuba minuman ESP, dan lebih gemar untuk mengambil vitamin di dalam bentuk tablet atau kapsul sahaja. Namun, tahukah anda bahawa kita sendiri terdiri daripada sel? Dan, untuk mendapatkan kulit muka yang cantik kita perlukan sel-sel baru yang sihat, di mana protein merupakan makanan asas kepada sel. Parut jerawat di muka lambat hilang adalah salah satu tanda anda mempunyai sel yang ‘kurang sihat’ di mana memerlukan masa yang lama untuk menggantikan ‘sel mati’ dengan sel sihat yang baru." Jika anda mempunyai masalah kulit wajah seperti jerawat, parut jerawat, kulit wajah kusam atau apa sahaja masalah yang berkaitan, anda boleh hubungi saya untuk mengetahui produk yang sesuai untuk anda. Masalh kulit wajah boleh membuatkan kita menjadi kurang keyakinan diri dan sentiasa berasa down. Takkan anda nak selamanya begitu, betul tak. Jadi, apa kata anda mencuba Shaklee sekarang untuk berubah ke arah yang lebih positif! Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Setiap pembelian dari saya akan mendapat HARGA ISTIMEWA dan KONSULTASI PERCUMA seumur hidup:) I'm Your SHAKLEE Independant Distributor




Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda 

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245] 
 ♥ Contact No : 016-4855790  
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com 
 ♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

Thursday 15 August 2013

PROMOSI OGOS 2013 : ADVANCED JOINT HEALTH TABLET ( BUY 6 FREE 1)



Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245] 
 ♥ Contact No : 016-4855790 
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com 
 ♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

TIPS TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU ~ POWER PUMPING







Ramai yang bertanya pada saya bagaimana caranya nak tingkatkan penghasilan susu. Salah satu tipsnya ialah dengan melakukan power pumping. Mari kita lihat apa tu power pumping ya..


 Apa itu Power Pumping?

 Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

Macam mana nak buat Power Pumping?



Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi waktu ni.

 Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.


*** Kepada ibu-ibu bekerjaya yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat disarankan membuat power puming pada malam harinya, InsyaAllah susu tak akan berkurang,malah kalau kerap diamalkan,susu akan bertambah dari masa ke semasa.


 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245] 

 ♥ Contact No : 016-4855790 

♥ Emel : nasriyah984@gmail.com 

♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to VITAMIN SUPERB
Designed by UMIESUEstudio 2015