Thursday 12 September 2013

DIABETES KETIKA MENGANDUNG..

Kencing manis ketika mengandung atau‘gestational diabetes‘ adalah masalah kesihatan paling kerap dialami oleh ibu hamil. 70% daripada ibu yang menghidap kencing manis ketika mengandung ini biasanya akan pulih lepas bersalin tapi kebanyakan mereka akan menghidap diabetis jenis kedua di kemudian hari.

Apa punca kencing manis ketika mengandung?

Punca utama kerana tahap glukosa dalam badan ibu tinggi dari keperluan normal. Ini terjadi bila hormon insulin tidak cukup untuk tukarkan glukosa kepada tenaga bagi keperluan sel badan atau tabiat pemakanan ibu yang tinggi gula.
Punca kedua disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta (uri) untuk bantu tumbesaran bayi. Hormon tu memang bagus untuk bayi tapi akibatnya sel-sel dalam badan ibu jadi kalis (orang putih cakap ‘immune’) pada insulin. Ini menyebabkan terjadinya masalah kalis insulin.


Siapa berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung?

Semua ibu hamil berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung tapi ada sesetengah ibu akan berisiko tinggi untuk mengalami masalah kencing manis ketika mengandung seperti:
Ibu hamil berumur 35 tahun ke atas
Sejarah keluarga menghidap diabetis
Pernah menghidap diabetis ketika kehamilan sebelumnya
Berat badan sebelum hamil lebih 80kg
Pernah melahirkan bayi dengan berat badan lebih 3.5kg
Ibu hamil kembar
Ibu hamil yang bermasalah hydramnions (terlalu banyak air ketuban)


Bagaimana nak tahu saya menghidap kencing manis ketika mengandung?

Dikesan melalui pemeriksaan darah selepas minum air gula. Biasanya ibu akan disuruh berpuasa malam sebelumnya.


Biasa kan bila check dekat klinik, nurse mesti cakap ‘ gula awak tinggi ni, jaga-jaga sikit ya’.. haaa kenapa nak kena jaga-jaga sangat tu?

Apa kesan diabetis ketika mengandung pada ibu dan bayi?

1. Pada ibu

Risiko tinggi untuk mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kecing)
Risiko tinggi untuk dijangkiti vanigal moniliasis (jangkitan faraj)
Risiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh
50% boleh menghidap diabetis tahap kedua di kemudian hari


2. Pada bayi

Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan
Saiz bayi terlalu besar menyebabkan kesukaran semasa bersalin
Bayi berisiko untuk mendapat kecederaan bahu semasa bersalin membawa risiko kecacatan
Bayi berisiko untuk hipoglisemia (terlalu banyak insulin, gula dan mineral penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)
Sakit kuning (jaundice)
Bayi sukar bernafas
Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) yang membawa kepada kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan.

Bayi akan lebih mudah dapat obesiti atau kencing manis bila dewasa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Testimoni Pengguna DIABETES


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
 ♥ Contact No : 016-4855790
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
 ♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to VITAMIN SUPERB
Designed by UMIESUEstudio 2015