Wednesday 25 September 2013

COQ HEALTH PLUS SHAKLEE : MEMBANTU KESUBURAN SUAMI ISTERI


Suplemen ni saya klasifikasikan sebagai WAJIB ADA di setiap rumah. CoQ Health Shaklee

Jadi, kenapa saya katakan CoQ Health Plus ni mesti ada di setiap rumah?



Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia. Manakala, mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), sejumlah 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok. Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.

Apakah pula faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit kardiovaskular?

Secara keseluruhan, lebih dari 90% pesakit dengan penyakit jantung di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko penyakit kardiovaskular yang utama iaitu:
① Tabiat merokok
② Menghidap hipertensi
③ Berlebihan berat badan atau obes
④ Tahap kolesterol yang tinggi
⑤ Gaya hidup yang sedentari (Tidak aktif)
⑥ Menghidap diabetes

COQ HEALTH PLUS SHAKLEE : MEMBANTU KESUBURAN SUAMI ISTERI



Koenzim Q10 atau CoQ10 adalah bahan yang ditemui dalam semua sel-sel badan. Semakin meningkat usia, CoQ10 semakin kurang dihasilkan dan kajian menunjukkan bahawa memakan CoQ10 tambahan mempunyai manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.



KESUBURAN WANITA

Faktor yang boleh menjadi pergantungan utama telur wanita pada CoQ10 ialah untuk tenaga. Proses pengeluaran telur, ovulasi dan perkembangan embrio di kalangan wanita mengambil sejumlah tenaga dan memerlukan CoQ10 yang merupakan sumber utama tenaga untuk penguncupan otot dan pengeluaran protein.
Semakin meningkat usia, badan menghasilkan kurang CoQ10 sekali gus menjejaskan kesuburan kita. Teori ini disokong oleh penemuan positif dalam penyelidikan di Kanada pada tahun 2009 yang telah menunjukkan subjek kumpulan ujian diberikan suplemen CoQ10 menghasilkan lebih banyak dan lebih baik telur yang berkualiti, mencatatkan kadar kehamilan yang tinggi dan kelahiran anak-anak yang lebih ramai daripada orang-orang yang tidak menerima CoQ10.

 KESUBURAN LELAKI

Kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh tenaga yang menurun akibat protein membentuk sebahagian besar sel-sel sperma dan bergantung kepada CoQ10.
Kajian menunjukkan bahawa punca utama kemandulan lelaki termasuk jumlah sperma yang rendah dan kualiti sperma yang kurang. Mempunyai ciri-ciri antioksidan yang kuat untuk menangani masalah-masalah ini menjadikan CoQ 10 bermanfaat untuk kesuburan. Fungsi antioksidan adalah melindungi telur dan sel sperma daripada kerosakan oksidatif yang membawa kepada kematian sel.
CoQ dapat meningkatkan kedua-dua air mani dan sel sperma dan meningkatkan pergerakan sperma.

PERBEZAAN SHAKLEE

CoQ10 HealthPlus turut mengandungi vitamin E dengan ektrak daun hijau. Kombinasi CoQ10 dan vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat dalam vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.

Ekstrak daun hijau mengandungi ‘procyanidins’ yang telah ditemui dapat membantu menyokong ‘endothelium’ (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).


CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan 

CoQ10 nya. Tanpa gluten.
Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
 ♥ Contact No : 016-4855790
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
 ♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to VITAMIN SUPERB
Designed by UMIESUEstudio 2015