Wednesday 3 July 2013

BAGAIMANA KENALI TANDA-TANDA DIABETES DAN PENCEGAHANNYA





Anda rasa anda sihat dan tidak mempunyai masalah diabetes. Tapi awas, kebanyakan diabetes melitus hadir tanpa kita sedari dari awal. Sebenarnya terdapat tanda-tanda awal diabetes sebelum kita disahkan menghidapi diabetes iaitu:

Tanda-Tanda Awal Diabetes:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit

Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah berikut kepada doktor.


Tanda-Tanda Diabetes:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1.  Menghadapi masalah jangkitan yang kerap
     seperti:-
          - Kulit
          - Gusi
          - Jangkitan pundi kencing
2.  Penglihatan yang semakin kabur
3.  Luka lambat sembuh
5.  Parut luka berwarna kehitam-hitaman
4.  Rasa kebas di tangan atau kaki
5.  Tekanan darah tinggi mula hadir
6.  Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan
     otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan 
      tidak mencukupi)


Punca-Punca Diabetes Melitus
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kita harus mengambil berat tanda-tanda diabetes ini supaya kita boleh mengenalpasti masalah kesihatan yang berlaku bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga ahli-ahli keluarga yang lain. Diabetes melitus boleh dihidapi oleh kanak-kanak dan remaja juga walaupun penyumbang terbesar statistik negara daripada 1.2 juta orang penghidap diabetes melitus adalah golongan berusia 30-an dan ke atas.

Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu:

1.  Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu 
      mengambil suntikan insulin setiap hari.
2.  Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun     
     tidak menggunakan insulin dengan betul seperti biasa




Tanda-Tanda Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 -  Adik beradik kepada pesakit diabetes
 -  Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes 
     melitus
 -  Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah 
     keluarga
 -  Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
 -  Individu yang tindak bersenam
 -  Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun


Pencegahan Diabetes Melitus
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi pencegahan diabetes melitus:


1. PEMAKANAN SIHAT
    Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta
    mengikut keperluan umur

2. BERSENAM
    Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan
    20 minit bagi setiap sesi  dan bertambah
    menyeronokkan bersenam bersama keluarga

3. PENJAGAAN KESIHATAN
    Lakukan pemeriksaan doktor apabila
    anda mengalami tanda-tanda diabetes

4. SUPPLEMENT
    Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan   
    harian untuk  menyokong keperluan zat dan nutrisi yang  
    diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik.

5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
    Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab 
    hadirnya  penyakit diabetes dalam tubuh.


Supplement Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes Vitamin Asas Bagi Pesakit Diabetes
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



B-Complex  - Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga
Vita-Lea - Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
Sustaines Release Vita-C 500mg  - Mengukuhkan kapilari dan salur darah
Zinc Complex - Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat


Vitamin Tambahan Bagi Pesakit Diabetes
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






  • Alfalfa Complex - Membantu stabilkan gula dalam darah
  • Carotomax - Menghalang penglihatan kabur
  • GLA Complex - Beri kesan positif pada Diabetic neuopathy 
  • Vivix - Merendahkan kolestrol, tekanan darah, mengurangkan diabetes dan berat badan, anti-penuaan
  • Ostematrix (Kalsium & Magnesium) - Mengurangkan masalah diabetes dan osteoporosis



Testimoni 
~~~~~~~~~
Emak saya mengambil Set A optimum Basic dengan tambahan Ostematrix dan Alfalfa Complex. Baru-baru ini emak menghadiri temu janji pemeriksaan penyakit diabetes di klinik. Alhamdulillah, hasil pemeriksaan doktor, buah pinggang emak saya sudah berfungsi dengan normal kembali. Ya, penyakit diabetes menyebabkan buah pinggang emak saya berlubang. Dan tambahan, kini emak juga tidak lagi mengalami masalah sembelit dan period kembali teratur kerana Alfalfa Complex juga bertindak melembutkan najis dan juga penyah toksin dalam tubuh.
==============================================

  

Jangan biarkan tanda-tanda diabetes berlarutan, dapatkan pemeriksaan doktor dan nikmati kehidupan yang lebih sihat dan pemakanan yang sihat.  Rawatan awal dapat mengurangkan gelaja penyakit diabetes yang lebih teruk sehingga memerlukan suntikan setiap hari dan luka-luka lambat sembuh sehingga menyebabkkan anggota tubuh perlu dipotong untuk menyelamatkan nyawa anda atau ahli keluarga yang mempunyai masalah diabetes. Jagalah kesihatan diri demi orang-orang tersayang.


Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.
Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
 ♥ Contact No : 016-4855790
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
 ADD MY FB:http://www.facebook.com/nasriyah.abduljalil 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to VITAMIN SUPERB
Designed by UMIESUEstudio 2015