Friday 5 July 2013

APAKAH PENYAKIT GOUT



Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.

Mengapakah urik asid berlebihan di dalam darah?
Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.

Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?
Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan ‘tophi’ dan batu karang di buah pinggang.Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan “hyperuricemia”. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini.

Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit gout
1) Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
2) Sendi menjadi bengkak.Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
3) Demam.

Vitamin Supplement Untuk Gout


Gout adalah satu penyakit sendi yang disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuh sejenis protein iaitu purin. Tubuh kita menyingkirkan bahan kumuh ini melalui air kencing, tapi apabila ia berlebihan dan tidak dapat dibuang, ia terkumpul di dalam sendi. Inilah yang menyebabkan gout.

Tubuh menjadi kurang efisien untuk membuang asid urik tersebut apabila buah pingang tidak berada di tahap kesihatan yang optimum. Ya, buah pinggang kita adalah organ perkumuhan yang penting untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh, namun dalam beberapa keadaan, buah pinggang tidak dapat bekerja dengan baik, akibat dari:

Pengambilan ubat-ubatan berunsurkan ‘drug’
Stress dan tekanan perasaan
Pengambilan protein yang berlebihan
Kekurangan vitamin tertentu yang diperlukan untuk proses perkumuhan
Jadi, apakah yang boleh dilakukan oleh pesakit gout di samping mendapatkan rawatan doktor yang berkelayakan?


  •  ALFALFA - detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.

  •  PERFORMANCE DRINK – memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detox di atas.


  •  OMEGA GUARD – mengelakkan keradangan sendi.

       
           TESTIMONI PESAKIT GOUT 

        Testimoni 1-

Testimoni 2-





Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.
Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
 ♥ Contact No : 016-4855790 
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com 

 ADD MY FB:http://www.facebook.com/pages/Vitaminsuperb-Corner/178965415612740

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to VITAMIN SUPERB
Designed by UMIESUEstudio 2015