Tuesday 8 December 2015

COLLAGEN POWDER SHAKLEE


Selalu org bercakap mengenai kolagen yg dikaitkan dgn penjagaan kecantikan kulit..Tapi tahukah anda apakah yg dimaksudkan dgn KOLAGEN??


Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam mamalia dan merupakan salah satu protein yang panjang di samping struktur fibrous protein yang berbeza daripada protein globul (enzim). Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dalam badan secara semulajadi.

Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.

Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit.

Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia. Kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit. Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.


Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Vitamin C dan E Untuk Pembentukan Kolagen
Bahan2 semulajadi yang mengandungi vitamin E dan C amat baik untuk kulit.Ia berfungsi didalam pembentukan kolagen. Kolagen menghasilkan protein untuk proses pembaharuan kulit. Vitamin C dan E juga ialah sebagai bahan antioksidan yang melindungi daripada radikal bebas dan melawan oksida yang menyebabkan penuaan.Vitamin C diperolehi melalui buah-buahan seperti lemon, kiwi, jambu, mangga dan betik. Vitamin E pula diperolehi daripada kekacang dan aprikot amnya..
Perbezaan antara cukup kolagen dengan kurang kolagen

==============================
KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
==============================
memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
memelihara kelembapan kulit
menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
menguatkan otot dan tulang
membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
memelihara kelenturan sendi
mengurangkan keradangan(inflammation)
memberi tenaga
membantu pola tidur
memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
Kolagen merosot pada umur 20 tahun


==================================
TANDA-TANDA KEHILANGAN KOLAGEN
==================================
Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eyes bag), penglihatan kabur.
Gusi yang tidak sihat.
Garis halus kelihatan pada leher.
Payudara dan punggung kendur.
Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan.
Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung.
Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan.
Kulit hilang keanjalan, lebih kering, kelihatan tua dari umur sebenar, organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakitt sendi.

=========================================================
Tahukah anda dari mana sumber kolagen dalam suplemen yang ada di pasaran??
=========================================================
1) Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
2) Daripada babi (porcine origin)
3) Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat
4) Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
5) Daripada Yak – produk dari China
6) Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!

Oleh itu, pastikan kolagen yang anda makan/gunakan itu dari sumber yang halal. Pilihan saya SHAKLEE COLLAGEN POWDER dijamin HALAL.


Mengapa Mesti Memilih Omega Guard SHAKLEE
- Mendapat Kelulusan KKM
- Tiada Kesan Sampingan
- Tiada Kesan Sampingan - Terbukti Berkesan
- Terbukti Semulajadi
- Terbukti Selamat

 =========== CARA ORDER: ===========
Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke 016-4855790
#COD Shaklee Kepala Batas, #COD Shaklee Bertam, #COD Shaklee Sungai Petani,#COD Shaklee Butterwoth, #COD Shaklee Seberang Jaya #COLLAGEN POWDER SHAKLEE , #SET CANTIK SHAKLEE

 PM kami disini ➜ https://www.facebook.com/vitaminsuperb 
EMAIL : nasriyah984@gmail.com
 Kesihatan Itu Kekayaan
www.vitaminsuperb.blogspot.com 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**
 Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to VITAMIN SUPERB
Designed by UMIESUEstudio 2015