10 Makanan Meningkatkan Kesuburan Lelaki
bilangan sperma (Sperm Count) merupakan antara faktor
terpenting dalam menentukan tahap kesuburan bagi seorang lelaki. Kajian
menunjunjukkan lebih dari separuh masalah kesuburan dalam sesebuah pasangan
berpunca dari bilangan sperma yang
kurang dari tahap normal. Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia, (World Health
Organization, WHO) bilangan sperma yang normal adalah sekurang-kurangnya 15
juta sperma per ml air mani.
Antara factor lain selain bilangan sperma yang turut
menyumbang kepada kesuburan lelaki adalah motility (Keupayaan sel untuk
bergerak sendiri) dan morfologi (bentuk) sperma, serta isi padu, tahap
kepekatan fructose, dan pH air mani.
Faktor penyumbang kekurangan bilangan sperma
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada
penurunan bilangan sperma seperti faktor luaran, gaya hidup, dan perubatan.
Antaranya :
1. Pengambilan dadah seperti kokaine dan marijuana
2. Alkohol
3. Penggunaan
computer riba di atas riba dalam jangka masa yang panjang
4. Duduk terlalu lama, seperti memandu dengan jarak jauh,
atau berbasikal terlalu lama
5. Merokok
6. Tekanan
7. Obesity
8. Faktor medical seperti ‘varicocele’, keradangan pada
testicles dan prostate, masalah ejakulasi, anti-sperm antibodi, tumor, ketidak
seimbangan homon, gluten intoleance dan kesan sampingan beberapa jenis ubat.
10 jenis makanan yang boleh meningkatkan bilangan sperma
Namun begitu, senaman dan pemakanan yang sihat boleh
membantu anda untuk meningkatkan bilangan sperma. Antara makanan yang boleh
diamalkan untuk meningkatkan bilangan sperma antaranya :
1. BUAH PISANG
Buah pisang sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan
sperma. Pisang mengandungi Bromelain, sejenis enzyme yang turut terdapat dalam
buah nenas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzyme
anti-inflamatory semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran
testosterone (hormon sex lelaki).
Buah pisang juga kaya dengan vitamin B1, A, dan C, yang
penting dalam penghasilan sperma yang baik.
2. COKLAT ( DARK COKLAT)
Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh
badan. Coklat mengandungi L- arginine, sejenis amino asid yang yang diperlukan
oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan
sperma dan isi padu air mani.
Menurut sebuah kajian dari The University of Michigan Health
System, pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan
dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.
L-arginine juga boleh menyebabkan pengembangan salur darah
(vasodilation), yang meningkatkan aliran darah pada alat sulit dan seterusnya
membantu dalam proses ereksi.
3. BAWANG PUTIH
Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan
bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga
mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang
sihat.
4. BUAH DELIMA
Buah delima
mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis
bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde
ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.
Kajian terbaru yang telah diterbitkan dalam International
Journal of Medical Research and Health
Sciences (2013) telah membuktikan merokok boleh meningkatkan
tahap MDA dalam air mani dan mengurangkan bilangan sperma.
Sebuah lagi kajian yang telah diterbitkan dalam Clinical
Nutrition Journal menunjukkan pengambilan jus delima setiap hari boleh
memusnahkan radikal bebas (free radical) dalam badan dan dapat meningkatkan
quality sperma.
5. DAGING MERAH
Daging mengandungi zat sepeti zink yang membantu menghalang
radikal bebas (free radicals) dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan
mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosterone dari bertukar kepada
estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat.
Menurut Mayoclinic, pengambilan sebanyak 66 mg zink setiap
hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur
(subfertile) dan 220 mg sehari dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk
dalam kalangan lelaki.
6. KACANG WALNUT
Selain mengandungi arginine (lihat coklat), kacang walnut
juga mengandungi asid lemak omega-3 (Omega-3 fatty acids) yang dapat membantu
meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu, kacang walnut mengandungi
anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.
7. BAYAM
Terdapat banyak kandungan falic acid dalam bayam yang boleh
membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu
menghasilakn sperma yang sihat dah tinggi motilitinya.
8. SALAD BUAH
Buah-buahan seperti oren, strawberry, ceri, dan beberapa
lagi buah-bauahan yang tinggi kandungan anti-oksidan sangat berkesan dalam
meningkatkan bilangan sperma. Dengan pengambilan salad buah, kita dapat
menyerap kesemua nutrient yang terdapat dalam buah-buahan tersebut sekaligus.
Dengan menjadikan buah-bauahan sebagai sebagai makanan harian, ia boleh
menghalang sperma dari dirosakkan oleh radikal bebas. Air mani lelaki yang
mengambil sehingga 1000 mg vitamin C setiap hari dapat meningkatkan motility
sperma dan seterusnya dapat meningkatkan peluang berlakunya proses
persenyawaan.
9. TELUR
Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan
memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, dimana
kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar.
Kesan anti-oksidan vitamin E juga dapat menghalang kesan
negative radikal bebas terhadap sel sperma dan telur (ovum). Oleh yang
demikian, vitamin E ini dianggap antara nutrient yang terpenting untuk
meningkatkan kesuburan.
10. AIR KOSONG
Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma
adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi
memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel
dalam badan, termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi
adalah antara 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari.
*Daftar kata :
Ereksi = keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak
apabila bangkitnya nafsu syahwat.
Ejakulasi = pancutan air mani pada saat puncak seksual
lelaki.
sebarang persoalan tambahan dan maklumat lanjut mengenai
produk kesihatan, produk kesuburan, dan sebagainya, sila rujuk kepada ahli
farmasi berdekatan anda.
sumber:
Thenaturesfarmacy. (2014 March 5). 10 Foods that Increase
Your Sperm Count. Facebook Page. Dipetik dari:
https://www.facebook.com/thenaturesfarmacy/posts/233025973566731:0
Info Pembelian Sebagai customer, anda layak untuk mendapatkan: i. Konsultasi PERCUMA secara berterusan selepas pembelian ii.Jadual Pengambilan Vitamin akan di berikan selepas pembelian di buat iii Penghantaran Shaklee Penang ,Shaklee Kedah , Shaklee Perlis ,Shaklee Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan juga servis COD Saya adalah Pengedar Shaklee Kepala Batas,Pengedar Shaklee Sungai Petani,Pengedar Shaklee Bertam ,Pengedar Shaklee Butterworh,Pengedar Shaklee Bukit Mertajam ,Pengedar Shaklee Seberang Jaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
♥ Contact No : 016-4855790
♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
♥ADD MY FB: https://m.facebook.com/Vitaminsuperb
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'
No comments:
Post a Comment