RAHSIA PENYUSUAN BERJAYA
# Berkemahuan dan
berkeyakinan untuk menyusui bayi anda:
Sekiranya puan merasa ragu, malu, resah atau cemas,
pengeluaran 'oxitosin' boleh terhalang dan ini akan menghalang pengeluaran susu
ibu.
# Memulakan
penyusuan secepat mungkin.
Reflex 'rooting' dan sucking
(menghisap) bayi lebih kuat dalamasa 1 jam pertama selepas kelahiran.
Ini akan merangsang pengeluaran prolaktin dan oxitosin yang menyebabkan
pembentukan dan pengeluaran kolesterol. Pengeluargan oxitosin semasa hisapan
akan mengecutkan rahim dengan cepat dan ini mengurangakan kejadian pendarahan.
# Bersama bayi
setiap masa (24 jam) " Rooming in"
Kenapa penting ?
Dalam 3 hari pertama, kolestrum akan dikeluarkan. Jumlah
kolestrum yang dihasilkan adalah sedikit (20-30 mls) setiap susuan. Tetapi
jangan bimbang kerana ia mencukupi untuk keperluan bayi puan. Ia sangat kaya
dengan zat makanan dan antibodi.
Dalam tempoh ini, bayi perlu menghisap susu puan sekerap
mungkin dan bila-bila masa ia mengdendakki serta selama mana bayi puan mahu.
Sekiranya bayi tidur terlalu lama, kejutkan dan susui. Pastikan bayi puan
melekap dengan betul dan menyusu di waktu malam. Bayi dan puan akan cepat mengenalpasti
kedudukan yang paling selesa (posisi yang baik).
# Demand feeding.
Kolestrum berubah kepada susu matang selpas dua minggu
kelahiran. Susu ibu matang berubah dari masa ke semasa dari hari ke hari dan
dari satu susuan ke satu susuan. Bayi yang diberi susu ibu mengikut kemahuan
(demand feeding) tidak memerlukan sebarang minuman lain walaupun air bagi 6
bulan pertama. Semakin kerap bayi menyusu, semakin bertambah penghasilan
susu. Puan juga perlu menyusukan bayi
puan pada bila-bila masa terasa penuh untuk mengelakkan bengkak buah dada.
# Teknik terbaik
penyusuan susu.
Menyusui bayi sambil duduk atau berbaring adalah pilihan
puan. Syarat pernting, puan dan bayi pun selesa.
Bagi
memastikan bayi selesa kedudukan bayi mestilah:
- Bayi tenang tidak menangis
- Badan bayi mengadap rapat pada ibu.
- Perut bayi bertemu perut ibu.
- Kepala, leher dan belakang bayi dalam keadaan lurus.
- Muka bayi berhadapan buah dada ibu.
- Punggung bayi diampu.
Pelekapan yang
berkesan; tanda-tandanya.
- Mulut bayi terbuka luas.
- Dagu bayi menyentuh buah dada.
- Bibir bawah bayi dijulurkan keluar.
- Bayi menghisap, berhenti dan menghisap lagi dengan dalam dan
perlahan.
- Ibu mungkin mendengar bayi menelan.
Sekirannya bayi
tidak melekap dengan betul.
- Ibu merasa sakit puting semasa dan selepas menyusu.
- Buah dada ibu mungkin bengkak kerana susu tidak dikeluarkan
secukupnya.
# Bagaimana cara
meningkatkan penghasilan susu:
Bayi perlu melekap dengan betul.
Tidak memberi puting tiruan atau botol susu.
Tidak memberi apa jua minuman atau makanan selain dari susu
ibu sebelum bayi berumur 4 bulan.
Beri bayi menyusu sekerap yang bayi mahu (demand feeding).
Beri bayi menyusu sebanyak yang bayi mahu.
Beri bayi menyusu di waktu malam.
Makan perlu berkuah, digalakkan makan daun pegaga dan sayur
lobak putih.
( Dari Laman Web Hospital Mersing - http://www.geocities.com/Eureka/Enterprises/9083/index.html
)
SET PENYUSUAN SHAKLEE
Info Pembelian Sebagai customer, anda layak untuk mendapatkan: i. Konsultasi PERCUMA secara berterusan selepas pembelian ii.Jadual Pengambilan Vitamin akan di berikan selepas pembelian di buat iii Penghantaran Shaklee Penang ,Shaklee Kedah , Shaklee Perlis ,Shaklee Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan juga servis COD Saya adalah Pengedar Shaklee Kepala Batas,Pengedar Shaklee Sungai Petani,Pengedar Shaklee Bertam ,Pengedar Shaklee Butterworh,Pengedar Shaklee Bukit Mertajam ,Pengedar Shaklee Seberang Jaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
♥ Contact No : 016-4855790
♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
♥ADD MY FB: https://www.facebook.com/Vitaminsuperb
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'
No comments:
Post a Comment