Ramai yang bertanya pada saya bagaimana caranya nak
tingkatkan penghasilan susu. Salah satu tipsnya ialah dengan melakukan power
pumping. Mari kita lihat apa tu power pumping ya..
Apa itu Power
Pumping?
Merupakan
teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan
teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah
untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan
susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk
memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang
mengepam dan sebagainya.
Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak
setelah berhenti menyusukan
Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini
digunakan untuk rangsang penghasilan susu
Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit,
kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya,
bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama
10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit
dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari,
seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi waktu ni.
Berapa lama
masa diambil untuk dapat hasilnya?
Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak
yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari
pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga
dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal,
insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.
*** Kepada ibu-ibu bekerjaya yang sangat sibuk di
pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat disarankan membuat power
puming pada malam harinya, InsyaAllah susu tak akan berkurang,malah kalau kerap
diamalkan,susu akan bertambah dari masa ke semasa.
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
♥ Contact No : 016-4855790
♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
♥ADD MY FB: http://www.facebook.com/Vitaminsuperb
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'
No comments:
Post a Comment