Friday 31 October 2014

CABARAN 18 : KENCING TAK LAWAS


Kencing tak lawas bukanlah satu penyakit tetapi merupakan gejala atau tanda penyakit yang lebih serius teruatama jika dihadapi oleh kaum lelaki.



Oleh itu, apa yang penting ialah mencari puncanya dan ia boleh dirawat dengan sempurna.

Ada pelbagai jenis kencing yang tidak lawas bergantung kepada punca-puncanya.

1. Air kencing keluar dengan sendiri walaupun tiada keinginan untuk membuang air kecil.

2. Air kencing tidak mahu keluar walapun ada rasa sakit mahu buang air kecil. Air kencing mungkin hanya menitis ketika meneran.

3. Ada rasa keinginan yang kuat untuk membuang air kecil, walaupun baru saja buang air kecil dan kuantitinya sedikit.

4. Air kencing terlalu banyak walaupun baru sejam buang air kecil.

5. Rasa sakit ketika membuang air kecil dan dalam masa yang sama tidak puas menghabiskan air kencing.

Bagi wanita yang mengalami kentcing tidak lawas disebabkan oleh otot-otot pada pundi kencing tidak lagi kuat, sehingga menyebabkan rahim turun.

Selain itu, pesakit juga boleh mencuba Set Untuk Atasi Kencing Tak Lawas SHAKLEE.



Apa Kata Pengguna Set Kencingn Tak Lawas SHAKLEE





Berminat mahu mencuba dengan konsultasi secara percuma serta cara pengambila vitamin yang betul ? Anda boleh menghubungi saya melalui :

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
 ♥ Contact No : 016-4855790
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
 ♥ADD MY FB: https://www.facebook.com/Vitaminsuperb

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**
 Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'


CABARAN 23 : SAKIT MATA



Berminat mahu mencuba dengan konsultasi secara percuma serta cara pengambila vitamin yang betul ? Anda boleh menghubungi saya melalui :

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
 ♥ Contact No : 016-4855790
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
 ♥ADD MY FB: https://www.facebook.com/Vitaminsuperb

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**
 Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

CABARAN 17 : DIABETIS KETIKA HAMIL



Sesetengah wanita yang tidak pernah mempunyai diabetes sebelum hamil akan menderita diabetes semasa hamil. Keadaan ini dipanggil sebagai gestational diabetes’ (diabetes ketika hamil). Semasa hamil diabetes akan berlaku kerana paras gula (glucose) ibu melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras gula tersebut akan kembali ke paras normal selepas bersalin.

4% dari wanita hamil mengalami gejala diabetes ketika hamil dan 70% dari mereka akan pulih dari gejala tersebut. Walaupun diabetes semasa hamil selalunya akan pulih selepas bersalin, kebanyakan mereka akan membentuk diabetes jenis ke-2. Diabetes yang tidak dirawat akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan bayi.

Perubahan metabolisma dalam badan telah menyebabkan kehadiran diabetes

Pankreas kita akan menghasilkan hormon dipanggil insulin, yang mana dapat membantu gula dalam darah (glucose) untuk masuk ke dalam sel untuk digunakan atau disimpan. Apabila seseorang wanita hamil, plasenta akan menghasilkan hormon yang dapat membantu untuk tumbesaran dan pembangunan seseorang bayi. Hormon tersebut menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis terhadap insulin dan membawa kepada kalis insulin. Disebabkan itu, pankreas ibu perlu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin mengatasi masalah sel kalis terhadap insulin. Jika persediaan pankreas adalah bagus, insulin yang dihasilkan akan meningkat untuk memenuhi keperluan si ibu. Bagaimanapun jika persediaan pankreas adalah terhad, penghasilan insulin adalah tidak mencukupi dan paras gula dalam darah akan meningkat dan diabetes semasa hamil akan berlaku selepas itu.

Diabetes semasa hamil selalunya bermula selepas 3 bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon. Kepada ibu-ibu yang telah menghidapi diabetes sebelum masa kehamilan bermula. Penyakit diabetes akan menjadi lebih melarat dan si ibu tersebut memerlukan lebih banyak rawatan dan ubat-ubatan.

Wanita yang berisiko menghidapi diabetes semasa hamil

Semua wanita hamil mempunyai potensi menghidapi diabetes dan kebanyakan wanita yang menghidap penyakit tersebut tidak mempunyai faktor risiko. Bagaimanapun sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mendapatkannya. Faktor risiko adalah :

1. Umur: Wanita hamil yang berumur lebih dari 35 tahun cenderung untuk mendapat                   gejala tersebut.

2. Sejarah diri dan keluarga: Anda berisiko tinggi jika ada sejarah dari kalangan ahli                   keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal atau anda menghidap diabetes        
        semasa kehamilan dahulu.

3. Berat badan: Berat badan seseorang wanita sebelum hamil melebihi 80 kg.

4. Sejarah mempunyai bayi yang besar: Si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan           bayi melebihi   3.5 kg adalah berisiko tinggi.

5. Kehamilan kembar: Wanita yang telah mendapat kehamilan kembar atau ‘hydramnions’        adalah mempunyai risiko tinggi.

Pemeriksaan dan Diagnosis:

Sesetengah wanita yang telah menghidap diabetes semasa hamil akan mempunyai tanda-tanda dan simtom-simtom diabetes, seperti berat badan melebihi 80kg, terdapat gula di dalam air kencing, berat badan naik mendadak dan mempunyai faktor-faktor seperti di atas. Bagaimanapun, kebanyakkan ibu-ibu yang menghidap diabetes semasa hamil  tidak diketahui puncanya. Mereka tidak mempunyai tanda-tanda dan simtom-simtom. Oleh sebab itu, pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian daripada rutin pemeriksaan hamil dari 24 minggu ke 28 minggu kehamilan di kebanyakkan klinik. Pemeriksaan ini dikenali sebagai ‘glucose tolerance test (GTT)’. Ujian tersebut dilakukan seperti berikut :

1. Anda perlu berpuasa selama 8 jam sebelum melakukan ujian tersebut.
2. Anda akan diberikan minuman mengandungi gula sebanyak 75g.
3. Ujian gula dalam darah akan diperiksa sebelum anda minum air gula tersebut dan      
        selepas 2 jam anda minum air gula tersebut.
4. Jika paras gula dalam darah anda melebihi 140 mg/dl, maka anda telah di diagnosis 
        sebagai ‘gestational diabetes’
5. Sekiranya keputusan ujian gula dala, darah ibu hamil kurang dari 7.8mmol/l, maka ibu             tersebut bebas dr diabetes ketika hamil.

Kesan Terhadap Bayi

1. Kematian kandungan dalam rahim : Berisiko tinggi berlaku kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas 2 bulan hamil.
2. Pembesaran bayi yang berlebihan: Gula dalam darah yang berlebihan menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin. Bayi yang mempunyai saiz yang melebihi 4 kg akan mendapat risiko kecacatan bahu.
3. Tekanan darah rendah (hypoglycemia) dikalangan bayi baru lahir: Paras gula dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengurangkan paras gula dalam darah semasa dalam rahim. Insulin yang berlebihan menyebabkan hypoglycemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap. Dalam kes-kes tertentu, penyelesaian melalui intravenous (IV) gula diperlukan atau jika tidak bayi akan mengalami kecacatan otak.
4. Simptom lemah pernafasan: Bayi yang mempunyai ibu yang mengalami diabetes semasa hamil boleh berisiko tinggi untuk mendapatkan kesukaran bernafas dan memerlukan sokongan ventilator.
5. Bayi pra-matang mudah mendapat demam kuning.(jaundice)
6. Berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis ke-dua dan kegemukkan(obesity) kemudian hari.

Kesan Terhadap Wanita Mengandung

1. Wanita yang sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap ‘pre-eclampsia’ (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dalam air kencing) selepas empat bulan hamil.
2. Seseorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih.
3. 50% dari wanita hamil boleh menghidap diabetes jenis ke-dua kemudian hari.

Rawatan

Tujuan merawat diabetes semasa hamil adalah untuk mengekalkan paras gula dalam darah adalah berkeadaan normal (≤ 7.0 mmol/ l semasa puasa). Wanita mengandung yang mempunyai diabetes semasa hamil perlu menjalankan ujian gula dalam darah untuk  menilai profil paras gula sebelum waktu sarapan (puasa), sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan 2 jam selepas makan malam. Profil paras gula perlu dibuat seminggu sekali atau sebulan sekali.

 Anda boleh mengawal paras gula dalam darah anda seperti berikut :

1. Pemakanan: Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, kek dan manisan. Banyakkan makan buah, sayuran dan bijirin.
2. Senaman. Amalkan senaman ringan seperti berkebun, berenang dan berjalan. Senaman membantu mempertingkatkan keupaayan badan memproses dan menggunakan gula yang disimpan oleh badan.
3. Ubatan: Apabila diet dan senaman tidak boleh membantu, anda perlu mengambil suntikan insulin untuk menurunkan paras gula. Jururawat akan mengajar anda bagaimana untuk memberi suntikan pada perut anda dan suntikan perlu diambil sebanyak 3 kali dalam satu hari.

Tempoh bersalin: Si ibu perlu bersalin pada masa yang lebih awal dari waktu yang dijangka apabila paras gula sukar dikawal atau komplikasi wujud seperti ‘pre-eclamsia’.


Selain itu, ia juga dapat dikawal dengan pengambilan Set Kehamilan Shaklee untuk ibu kencing manis.



Set ini dapat membantu ibu yang mengidap kencing manis ketika mengandung dengan cara :


i) B-Complex
-Ia membantu metabolisma gula dan pembebasan tenaga dalam sel
-Ia juga membekalkan 8 jenis vitamin B perlu dan membekalkan asid folik untuk pembentukan saraf tunjang bayi.

ii) Vita-Lea
-Membekalkan zinc pada badan bagi menghasilkan lebih banyak insulin
-Ia juga membekalkan 19 jenis vitamin dan mineral lengkap untuk membantu ibu sepanjang kehamilan.

iii) Ostematrix
-Mengandungi magnesium yang boleh membantu kencing manis kerana kencing manis turut berpunca daripada kekurangan magnesium.

– Membekalkan kalsium yang diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi bayi serta untuk tulang ibu.



Berminat mahu mencuba dengan konsultasi secara percuma serta cara pengambila vitamin yang betul ? Anda boleh menghubungi saya melalui :

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
 ♥ Contact No : 016-4855790
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
 ♥ADD MY FB: https://www.facebook.com/Vitaminsuperb

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**
 Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

Wednesday 22 October 2014

CABARAN 16 : DIABETIS


Diabetes atau kencing manis sudah menjadi penyakit kronik yang biasa. Mungkin kegerunan masyarakat terhadap penyakit ini sudah hilang menyebabkan ramai masih kurang bersungguh-sungguh dalam soal penjagaan kesihatan.


Salah satu faktor yang mungkin membuatkan kencing manis kurang ­diberi perhatian ialah ketiadaan tanda khusus terutama pada peringkat awal terjadinya penyakit ini. Jika ada pun hanyalah kehilangan tenaga dan pesakit terasa cepat penat yang sering disalah ­anggap gejala ini ­disebabkan terlalu banyak kerja. 

Justeru, itulah ramai tidak sedar mereka menghidap diabetes. Kajian menunjukkan sebaik penyakit dikesan seseorang pesakit sudah menghidap diabetes sekurang-kurangnya selama lapan hingga 10 tahun. 

Sebagai peringatan bersama, disenaraikan tanda diabetes ialah:



  • Kerap buang air kecil termasuk pada waktu malam
  • Kerap berasa dahaga dan kebanyakan pesakit menginginkan minuman manis
  • Susut berat badan
  • Cepat penat dan tidak bermaya
  • Kerap alami ruam, gatal dan jangkitan kulit
  • Rasa gatal di kemaluan dan jangkitan vagina pada wanita
  • Tangan dan kaki terasa kebas
  • Luka atau kudis lambat sembuh

Itu tanda atau gejala diabetes. Namun tahukah anda penyakit kronik yang sudah menjadi wabak di negara kita ini boleh menjejaskan kesihatan seluruh badan atau komplikasi. 
Diabetes tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai komplikasi yang dibahagikan kepada komplikasi akut dan kronik. Komplikasi akut ialah gejala hipoglisemia (paras gula dalam darah yang terlalu rendah) dan koma. 

Manakala komplikasi kronik pula membabitkan kerosakan salur darah (vaskular). Ia boleh merosakkan salur darah yang halus (mikrovaskular) yang menyebabkan pelbagai masalah seperti: 


  • Buta atau retinopati
  • Neuropati atau kerosakan saraf
  • Mikroalbuminuria (kehadiran protein albumin dalam air kencing.
Komplikasi makrovaskular pula membabitkan kerosakan salur darah yang besar dan boleh menyebabkan: 

  • Penyakit jantung kronik
  • Strok
  • Penyakit vaskular periferal, gangren iaitu kerosakan atau kematian sebahagian tubuh kerana kekurangan atau tiada bekalan darah
  • Kaki terpaksa dipotong (dua peratus)


Ketika ramai pesakit gagal mengawal paras gula mereka, ada sebilangan yang mengambil sikap terlalu berhati-hati menjaga makan sehingga ­kekurangan zat. 




1. VIVIX    - mengimpak 4 mekanisme penuaan selular

2. GLA COMPLEX - kesan positif pada diabetec neuropathy

3. ZINC COMPLEX - bantu penghasilan insulin dan penyembuhan luka

4. ALFAFA COMPLEX - kromium bantu menstabilkan gula dalam darah.

5. OSTEMARIX - magnesium yang rendah menyumbang kepada diabetes.

6. B COMPLEX - terlibat dalam metabolisme darah dan pembebasan tenaga.

7. CARATOMAX - menghalang penglihatan kabur.

8. VITALEA - imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.

9. VITA C-PLUS  - mengukuhkan kapilari san saluran darah.

* Di atas adalah  cadangan set diabetes berdasarkan keperluan dan budget anda.







Berminat mahu mencuba dengan konsultasi secara percuma serta cara pengambila vitamin yang betul ? Anda boleh menghubungi saya melalui :


 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]

 ♥ Contact No : 016-4855790
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
 ♥ADD MY FB: https://www.facebook.com/Vitaminsuperb

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**

 Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

Monday 20 October 2014

CABARAN 15 : MIGRAIN





Sakit kepala pasti mengganggu aktiviti harian terutama jika ia dikategorikan sebagai migrain.Ia membabitkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Kebiasaannya perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan. Apabila saluran yang menguncup itu mengembang, ledakan darah dengan tiba-tiba mencetuskan rasa sakit yang kuat.

Migrain dikesan menerusi denyutan, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala. 

Selain itu, deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif. Apabila ia berlaku, pilihan paling mudah untuk meredakannya adalah menggunakan pil penahan sakit.Tetapi jika digunakan secara berterusan, ia boleh mengurangkan kesan diingini dan rasa sakit juga tidak mampu dihilangkan.


Antara penyebab migrain: 

• Kekurangan zat dan nutrisi 
• Faktor keturunan 
• Kesan pengambilan ubat-ubatan 
• Wanita yang mengalami haid 
• Terlalu banyak mengambil kafein 
• Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat. 


Antara panduan mengurangkan sakit kepala: 

• Senaman pilihan terbaik malah ketika bergerak aktif, daya tahan seseorang itu akan meningkat dan mengurangkan tekanan serta tidur juga lebih nyenyak. 

• Minum air sebaik-baiknya lapan gelas air sehari. Kekurangan air antara penyebab utama sakit kepala. Jika tubuh tidak mendapat bekalan air mencukupi, tubuh mula menyimpan cairan sedia ada dan menyebabkan sakit kepala atau migrain. 

• Jangan lupa makanan ringan kerana apabila tubuh tidak mendapat sumber makanan diperlukan untuk tempoh tertentu, ia menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Untuk meredakan masalah itu, ambil makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula agar kandungan gula dalam darah kembali normal. 

• Pastikan tidur mencukupi iaitu lapan jam sehari. Terlalu banyak tidur atau sedikit tidur boleh menimbulkan sakit kepala. 


• Apabila terlalu lama menghadap komputer, luangkan masa berehat seketika dengan berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan. 


• Elak terkena cahaya terang atau pancaran matahari bagi mengurangkan sakit kepala. 

• Ambil kain lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala dan leher bahagian belakang. Untuk bahagian mata, ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Ulang beberapa kali. Cara ini boleh melegakan sakit kepala. 

• Berfikiran positif dan tenang membantu diri untuk mengurangkan sakit kepala. 

• Untuk petua menggunakan bahan semula jadi, boleh menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah. Kulit limau pula boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan kemudian jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan. Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi kemudian tidur seketika.

  • Amalan membca doa untuk menghindari dari migrain iaitu :

  • Selain itu, pesakit migrain juga boleh mencuba set migrain SHAKLEE.


OSTEMATRIX, B COMPLEX, SET MIGRAIN SHAKLEE, TESTIMONI SET MIGRAIN SHAKLEE, SHAKLEE BERTAM, SHAKLEE KEPALA BATAS, SHAKLEE BUTTERWORTH
1. B COMPLEX
    mengawal fungsi saraf dan bersifat anti stress. Rivoflavin (B2} menambah simpanan tenaga     dalam otak dan menambah aliran darah ke otak.

2. OSTEMATRIX
    mengawal pergerakan otot-otot dan bertindak sebgai transmisi impuls saraf ke otak.


OSTEMATRIX, B COMPLEX, SET MIGRAIN SHAKLEE, TESTIMONI SET MIGRAIN SHAKLEE, SHAKLEE BERTAM, SHAKLEE KEPALA BATAS, SHAKLEE BUTTERWORTH

OSTEMATRIX, B COMPLEX, SET MIGRAIN SHAKLEE, TESTIMONI SET MIGRAIN SHAKLEE, SHAKLEE BERTAM, SHAKLEE KEPALA BATAS, SHAKLEE BUTTERWORTH

OSTEMATRIX, B COMPLEX, SET MIGRAIN SHAKLEE, TESTIMONI SET MIGRAIN SHAKLEE, SHAKLEE BERTAM, SHAKLEE KEPALA BATAS, SHAKLEE BUTTERWORTH




Berminat mahu mencuba dengan konsultasi secara percuma serta cara pengambila vitamin yang betul ? Anda boleh menghubungi saya melalui :

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
 ♥ Contact No : 016-4855790
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
 ♥ADD MY FB: https://www.facebook.com/Vitaminsuperb

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**
 Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

Sunday 19 October 2014

CABARAN 14 : SET DARAH RENDAH SHAKLEE


Sebenarnya jarang sekali berlakukanya tekanan darah rendah pada wanita yang hamil. Namun begitu ia masih boleh berlaku kerana hormone yang dikeluarkan ketika hamil boleh menyebabkan saluran darah menjadi kembang, secara tidak langsung menyebabkan tekanan darah seorang wanita hamil akan menjadi rendah.

Tekanan darah akan mulai menurun apabila seorang wanita mula hamil, dan mencapai tahap paling rendah pada pertengahan semester kedua, iaitu sekitar minggu ke 20an. 

Pada masa ini, dalam kehamilan yang normal, tekanan darah boleh turun sehingga 10 mmHg pada bacaan atas (systolic) dan turun sehingga 15 mmHg pada bacaan bawah. Bacaan ini kemudiannya akan menjadi normal semula setelah melahirkan anak.

Namun begitu, tekanan darah yang rendah tidak hanya didefinasikan hanya dengan bacaan yang diambil, kecuali wanita hamil itu juga menunjukkan tanda-tanda tertentu.

Selalunya tanda yang menunjukkan seorang wanita yang mengalami tekanan rendah yang berbahaya ialah apabila beliau mengalami pening dan malahan pitam. Wanita itu juga akan mengadu merasa ‘pusing kepala’ apabila berdiri dari keadaan duduk atau duduk dari keadaan berbaring.


Antara cadangan untuk menghindari tekanan darah rendah ialah:

1. Duduk atau baring jika merasa pening untuk mengelakkan terjatuh.
2. Elakkan mengubah posisi duduk atau berdiri dengan pantas. 
3. Berbaring ke sebelah kanan boleh membantu peredaran darah ke jantung.
Jika pesakit mengalami rasa pening , berpusing dan mahu pitam, segeralah mendapatkan bantuan kecemasan dari hospital berdekatan.

Jika anda mengalami rasa pening, berpusing dan mahu pitam, segeralah mendapatkan bantuan kecemasan dari hospital berdekata


Jangan buang masa lagi jika puan sedang hamil dan mempunyai tekanan darah rendah, terutama jika anda mengalami tanda-tanda pendarahan, pemandangan berkabur, sakit kepala yang kuat, sakit dada, sukar bernafas dan rasa lemah pada anggota badan.

Tanda-tanda ini mungkin menunjukkan anda mengalami masalah yang lebih serius.



Suplement Yang Dicadangkan dalam Set Darah Rendah SHAKLEE ialah:



1. VITALEA 
     multivitamin dan multimineral untuk menyeimbangkan nutrien dalam badan.

2. B COMPLEX
    menambah tenaga dan mengurangkan stress

3. OSTEMATRIX
    kalsium penting untuk pengawalan tekanan darah

4. ESP
     membekal protein dan meningkatkan tenaga 

5. PERFORMANCE DRINK
    membekal tenaga dan mengelakkan dehidrasi

6. MEAL SHAKES 
    multivitamin dan multimineral alternatif untuk yang memilih  cara meminum.





Berminat mahu mencuba dengan konsultasi secara percuma serta cara pengambila vitamin yang betul ? Anda boleh menghubungi saya melalui :

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
 ♥ Contact No : 016-4855790
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
 ♥ADD MY FB: https://www.facebook.com/Vitaminsuperb

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**
 Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

CABARAN 13 : DARAH TINGGI


Darah Tinggi Pembunuh Senyap

Salah satu sebab mengapa penyakit darah tinggi `diabaikan' ialah kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala `menakutkan' yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pada masa yang sama, ia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya.

Justeru, tidak hairanlah jika kita `kurang berminat' untuk mempedulikan bacaan tekanan darah setiap kali menjalani pemeriksaan doktor. Malah, rata-rata juga beranggapan bahawa darah tinggi atau dalam istilah perubatannya, hipertensi ini bukanlah satu ancaman kepada kesihatan.

Tanggapan dan penilaian sebegini menyebabkan kita melakukan satu kesilapan yang cukup besar. Hipertensi, yang diklasifikasikan sebagai `penyakit senyap' inilah sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius. Ini termasuklah penyakit jantung, angin ahmar (strok) dan kegagalan buah pinggang berfungsi.

``Secara tidak langsung, ia juga mempunyai impak yang besar pada ekonomi kerana kos penjagaan pesakit meningkat dan kehilangan produktiviti akibat pesakit tidak dapat bekerja,'' demikian menurut Ketua Jabatan Nefrologi, Jabatan Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaki Murad.

Kurangnya kesedaran dan minat orang ramai untuk mengambil tahu berhubung hipertensi ini menyebabkan kadar peratusannya cukup membimbangkan. Di negara ini sahaja, tinjauan Mobiditi dan Kesihatan Kebangsaan pada 1996 mendapati, 30 peratus penduduk yang berusia 30 tahun ke atas menghidap hipertensi.

Hipertensi

Hipertensi merupakan satu keadaan di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 meningkat secara berterusan. Seseorang itu diklasifikasikan sebagai penghidap hipertensi setelah ujian ulangan dilakukan beberapa kali. Bagaimanapun, seseorang tidak dikategorikan sebagai penghidap hipertensi jika bacaan tekanan darah yang melebihi paras biasa hanya sekali.

Hipertensi berlaku apabila arteri-arteri atau dinding cabang pembuluh darah halus menjadi keras dan menyukarkan darah melaluinya. Kesannya, tekanan darah meningkat dan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Sekiranya bacaan tekanan darah kekal pada kadar 140/90 atau lebih, ini bermakna anda menghidap hipertensi.

Setiap hari jantung akan berdenyut lebih daripada 100,000 kali. Darah akan dipam dari jantung ke seluruh pembuluh darah setiap kali jantung berdenyut. Di antara degupan jantung, tekanan dalam dalam pembuluh akan menurun. Bacaan tekanan darah direkodkan dalam dua nombor, contohnya 120/80.

Nombor yang pertama, 120, adalah tekanan darah pada dinding pembuluh darah apabila proses degupan jantung berlaku. Ia juga dikenali sebagai sistolik. Manakala, nombor kedua, 80, merupakan tekanan pada pembuluh darah ketika jantung berehat antara degupan jantung. Ia dikenali sebagai diastolik.

Hipertensi Tidak Memilih Jantina di Kalangan Penghidapnya.

Secara purata, dianggarkan satu per tiga penduduk di seluruh dunia menghidap hipertensi. Kajian di Amerika Syarikat (AS), mendapati kekerapan menghidap hipertensi lebih tinggi di kalangan penduduk negara itu, terutama mereka yang berketurunan Afrika dan Caribbean.

Menurut Dr. Zaki, sebagai langkah mencegah dan menangani hipertensi lebih berkesan, garis panduan rawatan hipertensi diperkenalkan khusus untuk pengamal perubatan.

Garis panduan praktik klinikal (CGPs) edisi ke-2 ini adalah hasil usaha panel Garis Panduan Rawatan Hipertensi Malaysia, Kementerian Kesihatan, Akademi Perubatan Malaysia dan Persatuan Hipertensi Malaysia.

``Garis panduan ini diterbitkan untuk menyelaraskan amalan pengamal perubatan di seluruh negara apabila merawat pesakit hipertensi,'' katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Pada masa yang sama, orang ramai dinasihatkan mengambil peluang menjalani pemeriksaan tekanan darah setiap kali berjumpa doktor.

Menurut Dr. Zaki, oleh kerana hipertensi adalah pembunuh senyap, pesakit dinasihatkan supaya mematuhi jadual ubat-ubatan yang ditetapkan. ``Kegagalan pesakit mematuhi jadual rawatan ubat-ubatan yang ditetapkan menyebabkan masalah ini sukar dikawal.

``Malah, risiko menghidap penyakit kronik seperti serangan jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang berfungsi juga tinggi,'' katanya. Beliau tidak menafikan, ubat-ubatan antihipertensi yang perlu diambil seumur hidup ini mempunyai kesan sampingan tersendiri.

Namun, katanya orang ramai tidak perlu bimbang dengan generasi baru ubat-ubatan antihipertensi kerana sebahagian besarnya mempunyai kesan sampingan yang terlalu sedikit. Menangani hipertensi tanpa ubat-ubatan (non pharmacological management) melalui perubahan gaya hidup juga memainkan peranan penting dalam menangani hipertensi.

Ini termasuklah:

Mengawal berat badan
Mengurangkan pengambilan garam
Tidak mengambil minuman keras
Melakukan senaman secara kerap
Pemakanan sihat
Berhenti dari merokok.
Jenis Hipertensi

Hipertensi essential (HE)

Ia diwarisi secara keturunan dan faktor persekitaran. Dianggarkan 90 peratus mereka yang menghidap hipertensi terdiri daripada jenis ini. HE ini tidak boleh dicegah, tetapi kesannya dicegah.

Seseorang lebih cenderung mendapat hipertensi ini sekiranya mereka mengambil makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Tekanan juga, dikenal pasti sebagai faktor penyumbang hipertensi jenis ini.

Hipertensi sekunder

Ia disebabkan oleh penyakit-penyakit hormon, jantung, ubat-ubatan, kegagalan buah pinggang dan sebagainya.

Gejala

Hipertensi tidak menunjukkan sebarang gejala kepada penghidapnya. Bagaimanapun, jika hipertensi terbabit agak serius, individu terbabit biasanya mengalami sakit kepala.

Apakah Yang Meningkatkan Tekanan Darah?

Tekanan darah meningkat sekiranya ada tindak balas pada aktiviti lasak seperti senaman dan terkejut. Keadaan seperti ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen bertambah dan tekanan darah meningkat.

Dalam keadaan sejuk secara tiba-tiba, kapilari darah bawah kulit akan mengecut untuk menyimpan haba tubuh. Keadaan ini juga, meningkatkan tekanan darah. Kesemua tindak balas ini dikawal oleh sistem saraf pusat.

Peningkatan dan penurunan tekanan darah bergantung pada perubahan aktiviti. Ia juga cenderung untuk meningkat seiring dengan peningkatan usia. Sekiranya, bacaan tekanan darah meningkat setelah beberapa kali ujian dilakukan, ia dikenali sebagai hipertensi. Bagaimanapun, jika bacaan ini menurun pada tahap tertentu, ia dikenali sebagai hipotensi.

Klasifikasi ini berdasarkan bacaan purata yang diambil dua kali atau lebih setiap kali berjumpa doktor, selepas lawatan imbasan peringkat permulaan.

Apabila tekanan darah sistolik dan diastolik termasuk dalam pelbagai kategori, kategori tertinggi akan dipilih untuk mengklasifikasikan tekanan darah individu terbabit.

Sumber Maklumat: Utusan Malaysia


Suplememt yang terkandung dalam SET DARAH TINGGI SHAKLEE ialah


SHAKLEE KEPALA BATAS, SHAKLEE BERTAM, SET DARAH TINGGI SHAKLEE, SET BUDGET DARAH TINGGI SHAKLEE


1. Energizing Soy Protien ESP – membantu memulihkan tisu dalam badan

2. Vita-Lea  – multivitamin yang pertama didunia dan menyerap paling pantas dalam tubuh.

3. B-Compleks – mengandungi kesemua vitamin B yang perlu dalam badan

4. Vitamin C – mengekalkan bacaan kolesterol yang sihat, meningkatkan sistem imun, mengandungi antioksida dan membantu penyerapan vitamin dan supplemen lain

5. Garlic – membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolesterol

6. Omega Guard – menurunkan bacaan kolestrol, menurunkan bacaan tekanan darah tinggi, menurunkan kadar LDL (kolestrol tidak baik) & menaikkan kadar HDL (kolestrol baik)

7. Lechitin- ia akan memecahkan lemak dan tugas paling utama memecahkan lemak, gula, kolestrol dlm darah


Tips : 6 biji Omega 3 dan 6 biji Garlic dapat menurunkan tekanan darah tinggi yang naik mendadak dalam tempoh 4-5 jam













Berminat mahu mencuba dengan konsultasi secara percuma serta cara pengambila vitamin yang betul ? Anda boleh menghubungi saya melalui :
 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924245]
 ♥ Contact No : 016-4855790
 ♥ Emel : nasriyah984@gmail.com
 ♥ADD MY FB: https://www.facebook.com/Vitaminsuperb

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**

 Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to VITAMIN SUPERB
Designed by UMIESUEstudio 2015